Wednesday, March 24, 2010

Maklumat tentang Pra Sek Jais Shah Alam

Nama dan alamat sekolah :Prasekolah JAIS Shah Alam,
d/a Sekolah Rendah Agama Seksyen 16,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Bilangan kakitangan sekolah :10 orang

Senarai nama kakitangan :Nurul Adhha bt. Omar ( Guru besar)
Laili bt. Talkah ( GPK 1)
Normaznida bt. Mohd Shahran ( GPK 2)
Adibah Hanim bt. Daud ( Guru kelas)
Norhafiza bt. Mat Lasim ( Guru kelas)
Nadwati munirah bt. Kamari ( Guru kelas)
Nazrina bt. Shod (Kerani)
Nurul Hizani bt. Ismail ( Pembantu)
Norazlina bt. Mohd Yusuf ( Pembantu)
Nor Adawiah bt. Sabangi ( Pembantu)
Bilangan murid :73 orang:
6 tahun- ( 43 orang) dan 5 tahun- ( 30 orang)
Bilangan kelas : 4 buah



LATAR BELAKANG PRA SEK JAIS SHAH ALAM

LATAR BELAKANG PRASEKOLAH JAIS SHAH ALAM

Prasekolah JAIS Shah Alam telah ditubuhkan pada 01 Januri 2008 di atas cadangan murni Y.A.D Dato’ Abu Bakar b. Hj Abd Hamid, Dato’ Seri Indah DiRaja, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Petaling. Pada ketika itu, cadangan untuk menubuhkan Prasekolah JAIS yang baru itu telahpun diputuskan di dalam satu mesyuarat yang telah dihadiri oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor ( Us. Latifah bt. Yunus, Penyelia Prasekolah JAIS ketika itu) dan Guru besar Prasekolah JAIS Daerah Klang ( Pn. Zabedah binti Mohamed Daim) yang telah diamanahkan untuk mentadbir sekolah baru iaitu Prasekolah JAIS Shah Alam d/a Pusat Aktiviti, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Sewaktu pengumuman bahawa ada sebuah lagi Prasekolah JAIS yang bakal dibuka di Shah Alam, Pn. Zabedah bt. Mohamed Daim, guru besar Prasekolah JAIS Daerah Klang telah mengarahkan 2 orang daripada guru ( Cikgu Nurul Adhha binti Omar) dan ( Cikgu Laili binti Talkah) di Prasekolah tersebut untuk bertugas dan menguruskan di Prasekolah JAIS Shah Alam. Maka wujudlah 2 orang guru di Prasekolah JAIS Shah Alam. Pada awal tahun 2008, Prasekolah JAIS Shah Alam telah menerima seramai 4 orang murid diikuti pada pertengahan tahun, murid- murid yang telah bertambah kepada 19 orang sahaja.

Pada bulan April 2008, Pn Zabedah bt. Mohamed Daim telah kembali ke sekolah asalnya iaitu Prasekolah JAIS Daerah Klang kerana pihak Majlis Agama Islam Selangor telah melantik dan menghantar seorang guru besar iaitu Cik Nurul Adhha binti Omar untuk menguruskan dan mentadbir Prasekolah JAIS Shah Alam. Pihak pentadbiran Prasekolah JAIS Shah Alam telah mengadakan satu mesyuarat buat kali pertama bersama dengan Ahli Jemaah Pengurusan sekolah dan telah memutuskan untuk melantik beberapa orang Ahli Jawatankuasa Perhubungan Induk Prasekolah JAIS Shah Alam yang terdiri daripada kakitangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri Selangor) seramai 10 orang.

Pada tahun 2009, pihak Majlis Agama Islam Selangor telah menghantar seorang lagi guru dan 2 orang pembantu dan bilangan murid- murid pada 2009 adalah seramai 38 orang. Masuk kepada tahun yang ketiga iaitu tahun 2010, bilangan guru, pembantu dan murid- murid semakin bertambah kepada 60 orang murid dan bilangan guru dan pembantu adalah seramai 10 orang.
Pada asalnya semua guru dan pembantu adalah di bawah lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetapi pada hujung tahun 2009, perlantikan bagi perjawatan guru dan pembantu telah dibubarkan dan telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai majikan baru yang akan menguruskan tentang hal Ehwal Perjawatan dan Perkhidmatan kakitangan Prasekolah JAIS.

Prasekolah JAIS Shah Alam mempunyai 2 buah kelas yang menempatkan pelajar 5 dan enam tahun. Silibus pelajaran yang dipelajari oleh murid- murid adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang telah digariskan oleh unit pendidikan, Jabatan Agama Islam Selangor dan setiap setahun sekali, Prasekolah JAIS Shah Alam akan dipantau oleh unit naziran bahagian pendidikan JAIS. Selain daripada menjalani proses pengajaran dan pembelajaran, semua murid- murid akan dilibatkan dalam beberapa program/ aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah pada setiap bulan seperti mengadakan pemeriksaan kesihatan gigi, program lawatan, hari sukan sekolah, sambutan maulud nabi, sambutan hari jadi dan lain- lain lagi.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2010, pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah mengeluarkan satu surat arahan untuk dipindahkan ke bangunan Sekolah Rendah Agama Seksyen 16 kerana Prasekolah JAIS Shah Alam ( Masjid Negeri Selangor) ini, mempunyai banyak masalah dari sudut kemudahan Prasarana dan kemudahan fizikal untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkuatkuasa pada 18 Januari 2010.

Akhirnya, Prasekolah JAIS Shah Alam telah pun berpindah ke bangunan Sekolah Rendah Agama Seksyen 16 untuk memulakan sesi persekolahan pada 18 Januari 2010 yang lalu. Di Prasekolah JAIS Shah Alam seksyen 16 diberi sebanyak 5 buah kelas dan salah satunya, akan dijadikan sebagai sebuah pejabat pentadbiran serta bilik guru.

Dari sudut pendidikan guru- guru, mereka telah mengambil langkah inisiatif untuk menyambung pengajian dan menimba ilmu pengetahuan di Kolej Pendidikan Perdana dalam jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak secara separuh masa ( kursus dalam cuti) untuk meningkatkan lagi kualiti dan tahap profesion perguruan.